PETALING JAYA: Bermula sebagai sebuah perusahaan kecil sejak Januari 2016, AHA Kitchen yang mengeluarkan jenama makanan Shimaz Tumisan Bonda kini semakin berkembang maju selepas memperoleh sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Pengarah Urusannya, Hasimah Hassan berkata, perjalanan syarikat itu bukanlah mudah kerana ia bermula secara sederhana di rumah sebelum berkembang kepada pengeluaran yang lebih tersusun. Katanya, pengalaman hampir sembilan tahun dalam perniagaan makanan banyak mengajarnya mengenai kepentingan kualiti…