Scoot luaskan sayap di Indonesia, destinasi baharu ke Belitung dan Pontianak

Scoot luaskan sayap di Indonesia, destinasi baharu ke Belitung dan Pontianak

scoot
Pesawat Embraer E190-E2, Scoot Airlines.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Scoot, anak syarikat tambang murah Singapore Airlines (SIA), hari ini mengumumkan pelancaran perkhidmatan penerbangan baharu ke Belitung dan Pontianak di Indonesia.

`Dikendalikan menggunakan pesawat Embraer E190-E2, penerbangan ini masing-masing dijadualkan bermula pada Mei dan Jun 2026, sekaligus menawarkan akses yang lebih mudah serta pelbagai pilihan perjalanan kepada para pelancong.

Belitung merupakan permata tropika yang terletak di pesisir timur Sumatra dan terkenal dengan formasi geologi yang unik, kepelbagaian biodiversiti dan pesisir pantai yang masih terpelihara.

Pulau ini juga merupakan habitat kepada Belitung Tarsier, satu subspesis primat nokturnal yang hanya ditemui di pulau tersebut. Mulai 3 Mei 2026, Scoot akan melancarkan penerbangan ke Belitung sebanyak dua kali seminggu. 

Pontianak, ibu kota Kalimantan Barat terletak tepat di garisan khatulistiwa serta menempatkan Tugu Khatulistiwa yang membolehkan para pengunjung berdiri di antara hemisfera utara dan selatan.

Bandar yang kaya dengan warisan budaya ini terletak di tebing Sungai Kapuas, iaitu sungai terpanjang di Indonesia dan terkenal sebagai destinasi gastronomi yang menawarkan pelbagai hidangan tempatan yang menarik. Mulai 29 Jun 2026, Scoot akan mengoperasikan penerbangan sebanyak tiga kali seminggu ke Pontianak. 

Pelancong dari Malaysia kini boleh menikmati ketercapaian ke destinasi baharu melalui Lapangan Terbang Changi Singapura dengan tambang satu hala Kelas Ekonomi termasuk cukai bermula dari RM219 ke Belitung dan RM309 ke Pontianak.

Penerbangan ke destinasi baharu boleh ditempah mulai hari ini melalui laman web Scoot, aplikasi mudah alih dan melalui saluran-saluran lain secara berperingkat. 

Dengan pelancaran perkhidmatan penerbangan ke Belitung dan Pontianak, rangkaian penerbangan Scoot akan meningkat ke 85 destinasi merentasi 18 negara dan wilayah. 

Selain pelancaran destinasi baharu, Scoot juga akan meningkatkan kekerapan penerbangan dalam rangkaiannya bagi memenuhi permintaan perjalanan udara, terutamanya sempena musim cuti sekolah yang akan datang. 

Mulai April 2026, kekerapan penerbangan ke Phuket akan meningkat dari 17 ke 21 kali seminggu dan kekerapan penerbangan dari Sibu akan meningkat dari tiga ke empat kali seminggu.

Mulai Jun 2026, penerbangan ke Bali dan Jakarta akan meningkat dari 28 ke 35 kali seminggu. Pada bulan yang sama, perkhidmatan ke Labuan Bajo akan meningkat dari dua ke tiga kali seminggu, manakala perkhidmatan ke Lombok dari 4 ke 10 kali seminggu serta Manado akan meningkat dari enam kali seminggu ke penerbangan harian.

Di Asia Utara, kekerapan perkhidmatan ke Okinawa akan meningkat dari tiga ke empat kali seminggu mulai April 2026. Kekerapan penerbangan ke Changshaa juga akan meningkat dari empat ke lima kali seminggu. Di Eropah, kekerapan penerbangan ke Vienna akan meningkat dari tiga ke empat kali seminggu mulai Jun 2026. 

Ketua Pegawai Scoot, Leslie Thng, berkata, “Penambahan laluan penerbangan baharu ke Belitung dan Pontianak bukan sahaja mengukuhkan jejak Scoot di Indonesia malah meningkatkan ketercapaian rangkaian Kumpulan SIA menerusi Singapura.

“Peningkatan kekerapan penerbangan ke pelbagai destinasi popular juga akan memenuhi permintaan perjalanan yang semakin meningkat menjelang musim cuti sekolah.

“Kami kekal komited untuk menyediakan pelanggan kami dengan pelbagai pilihan perjalanan dan pengalaman perjalanan yang menyeronokkan bersama Scoot.” – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN