PETALING JAYA: Penyedia perkhidmatan dan penyelesaian tenaga bersih, Samaiden Group Berhad terus mempamerkan prestasi memberangsangkan dengan mencatatkan pertumbuhan hasil dan projek baharu dalam sektor tenaga boleh diperbaharui (TBB), sekali gus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju industri berkenaan di Malaysia. Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Ir. Chow Pui Hee berkata, bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025, kumpulan itu merekodkan peningkatan hasil sebanyak 22.9 peratus kepada RM198.1 juta berbanding tahun sebelumnya, didorong oleh…










