PETALING JAYA: Pasaran saham naik 3.94 mata kepada 1,590.75 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,586.81 pada penutup Selasa.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,588.04.
Jumlah dagangan sebanyak 2.65 bilion unit bernilai RM2.28 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 519 berbanding 487 dengan 506 kaunter tidak berubah dan 1,082 tidak diniagakan.
Begitu pun, indeks Nikkei Jepun meningkat 378.38 mata atau 0.87 peratus kepada 43,837.67 dan indeks Kospi Korea Selatan melonjak 54.48 mata atau 1.67 peratus kepada 3,314.53.
Selain itu, Indeks STI Singapura juga naik 55.51 mata atau 1.29 peratus kepada 4,353.08. – UTUSAN