PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 0.45 mata kepada 1,587.26 pukul 9.02 pagi hari ini, berbanding 1,586.81 pada penutup Selasa.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,588.04.
Jumlah dagangan sebanyak 32.1 juta unit bernilai RM14.7 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 95 berbanding 55 dengan 226 kaunter tidak berubah dan 2,218 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun melonjak 230.01 mata atau 0.53 peratus kepada 43,689.30 ketika berita ini ditulis.
Bagaimanapun, indeks STI Singapura meningkat 16.190 mata atau 0.38 peratus kepada 4,313.760 dan indeks Kospi Korea Selatan juga naik sebanyak 39.09 mata atau 1.20 peratus kepada 3,299.14. – UTUSAN