Pasaran saham dibuka positif

Pasaran saham dibuka positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 3.07 mata kepada 1,581.22 pukul 9.02 pagi hari ini, berbanding 1,578.18 pada penutup Khamis.

Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,581.22.

Jumlah dagangan sebanyak 31.43 juta unit bernilai RM18.31 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 122 berbanding 77 dengan 277 kaunter tidak berubah dan 2,102 tidak diniagakan.

Sementara itu, indeks Nikkei Jepun naik 742.65 mata atau 1.73 peratus kepada 43,761.40 ketika berita ini ditulis.

Bagaimanapun, indeks STI Singapura meningkat 1.000 mata atau 0.02 peratus kepada 4,308.08 dan indeks Kospi Korea Selatan juga naik sebanyak 5.57 mata atau 0.17 peratus kepada 3,210.69. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN