PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 2.25 mata kepada 1,580.77 pukul 9.06 pagi hari ini, berbanding 1,578.52 pada penutup Rabu.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,579.92.
Jumlah dagangan sebanyak 63.34 juta unit bernilai RM38.02 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 203 berbanding 94 dengan 265 kaunter tidak berubah dan 1,996 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun naik 532.57 mata atau 1.27 peratus kepada 42,471.46 ketika berita ini ditulis.
Bagaimanapun, indeks STI Singapura meningkat 9.160 mata atau 0.21 peratus kepada 4,298.49, manakala indeks Kospi Korea Selatan juga naik sebanyak 9.27 mata atau 0.29 peratus kepada 3,193.63. – UTUSAN