PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus selepas mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) hari ini.
Bank pusat berkata, penunjuk terkini menunjukkan pengembangan yang berterusan dalam pertumbuhan global, disokong oleh perbelanjaan pengguna yang berterusan dan aktiviti yang dilakukan lebih awal.
“Pada tahap OPR semasa, MPC berpendapat bahawa pendirian dasar monetari adalah wajar dan memberikan sokongan terhadap ekonomi dalam keadaan harga yang stabil.
“MPC akan terus memantau perkembangan semasa dan menilai imbangan risiko berhubung dengan prospek pertumbuhan dan inflasi dalam negeri,” katanya dalam kenyataan. – UTUSAN