SELAMA ini, Malaysia sering dianggap negara yang selamat daripada ancaman gempa bumi. Kedudukan geografi yang jauh daripada zon Lingkaran Api Pasifik menjadikan kita merasakan negara ini akan terhindar dari sebarang ancaman. Namun, gegaran sederhana yang dirasai khususnya di kawasan Pantai Barat Semenanjung termasuk insiden terbaharu di Segamat, Johor membuka semula persoalan sejauh mana rakyat dan negara benar-benar bersedia menghadapi bencana alam yang tidak dijangka. Pensyarah Kanan Ekonomi Universiti Teknologi MARA…