KUALA LUMPUR: UDA Holdings Berhad (UDA) menawarkan lebih 800 unit kediaman di sekitar Lembah Klang, disertai pelbagai insentif dan cabutan bertuah bernilai keseluruhan sehingga RM250,000 melalui kempen hartanah ‘UDA Signature Dreams’. Majlis pelancaran itu turut menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara UDA dan syarikat reka bentuk dalaman, Nai BNB bagi tempoh dua tahun. Melalui kerjasama itu, Nai BNB akan memberi sentuhan kreatif terhadap unit pameran rasmi di Residensi 38 Bangsar.…










