Jualan kenderaan baharu Malaysia meningkat 0.6 peratus pada Ogos 2025

Jualan kenderaan baharu Malaysia meningkat 0.6 peratus pada Ogos 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jualan kenderaan baharu di Malaysia pada bulan Ogos 2025 meningkat sebanyak 0.6 peratus tahun ke tahun kepada 73,041 unit, berbanding 72,580 unit pada bulan yang sama tahun sebelumnya, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Jualan kenderaan penumpang pada Ogos meningkat sebanyak 0.4 peratus kepada 67,302 unit, daripada 67,016 unit pada Ogos 2024, manakala jualan kenderaan komersial meningkat 3.1 peratus kepada 5,739 unit, berbanding 5,564 unit pada bulan yang sama tahun lalu.

Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) pada Ogos 2025 turut mencatat peningkatan sebanyak 4.2 peratus bulan ke bulan kepada 73,041 unit, berbanding 70,101 unit pada bulan Julai.

Dari segi pengeluaran, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) memaklumkan jumlah pengeluaran kenderaan menurun sebanyak 7.3 peratus kepada 69,111 unit berbanding 74,556 unit pada Ogos 2024.

Pengeluaran kenderaan penumpang merosot sebanyak 7.2 peratus kepada 65,153 unit daripada 70,214 unit setahun sebelumnya, manakala pengeluaran kenderaan komersial turun 8.8 peratus kepada 3,958 unit berbanding 4,342 unit pada Ogos 2024.

MAA turut menjangkakan momentum jualan pada bulan September akan kekal sederhana, dipengaruhi oleh jumlah hari bekerja yang lebih sedikit akibat empat cuti umum, serta sikap “tunggu dan lihat” berikutan pengumuman Belanjawan yang bakal diumumkan, terutamanya berkaitan butiran rasionalisasi subsidi petrol.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN