Inisiatif Petronas Lubricants International, Juventus bukan tajaan

Inisiatif Petronas Lubricants International, Juventus bukan tajaan kelab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Petronas Lubricants International (PLI) tidak menaja kelab bola sepak Juventus Football Club susulan laporan baru-baru ini, sebaliknya usaha pemasaran yang diterajui Petronas Lubricants Italy.

Menurut kenyataannya, inisiatif tersebut adalah sebahagian daripada usaha berterusan syarikat untuk berinteraksi dengan pelanggan serta pengedar di pasaran Eropah.

“Ini adalah inisiatif yang diterajui oleh Petronas Lubricants Italy sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk melibatkan diri dengan pelanggan dan pengedar di pasaran Eropah dan bukannya penajaan kelab.

“Akses ke kawasan terpilih dalam Stadium Allianz berfungsi sebagai platform strategik untuk aktiviti pemasaran kami dan promosi pelbagai produk PLI untuk mengukuhkan kehadiran jenama kami di Eropah,” katanya.

PLI menjelaskan, langkah ini sejajar dengan matlamat syarikat untuk mengukuhkan lagi jenama PLI di pasaran antarabangsa.

Pada masa sama, syarikat berkenaan menegaskan bahawa tumpuan utamanya adalah memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan memberi nilai tambah dan menyumbang kepada pertumbuhan perniagaan.

“PLI kekal fokus menyampaikan nilai menerusi perkongsian strategik yang menyokong pertumbuhan dan kemajuan syarikat,” ujarnya.

Juventus dalam satu kenyataan memaklumkan, gergasi Serie A Itali itu menjalinkan kerjasama bersama PLI.

Antara inisiatif utama ialah pelancaran Petronas Lubricants International Skybox di Stadium Allianz, ruang eksklusif yang membolehkan tetamu merasai aksi perlawanan dengan perspektif istimewa secara 360 darjah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN