IKON @ Centrio oleh IJM Land Berhad, pemangkin komersial terbaharu dalam perbandaran Seremban 2 dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM206 juta kini memulakan penyerahan unit kepada pembeli secara berfasa bagi memastikan piawaian kualiti. Langkah itu menandakan fasa baharu buat komuniti perniagaan dan pelabur apabila hab komersial moden ini mula merancakkan aktiviti ekonomi di kawasan berkenaan. Ketua Pegawai Operasi IJM Land, Datuk Chai Kian Soon berkata, ia terletak di satu daripada…