HLB, HLISB tawar Program Bantuan Banjir untuk pelanggan terjejas

HLB, HLISB tawar Program Bantuan Banjir untuk pelanggan terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hong Leong Bank (HLB) dan Hong Leong Islamic Bank (HLB) menyediakan Program Bantuan Banjir bagi membantu pelanggan individu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta perusahaan mikro yang terjejas susulan banjir melanda di Sabah dan beberapa kawasan lain di seluruh negara. 

Menurut kenyataan, melalui program itu, pelanggan layak menikmati penangguhan bayaran pinjaman dan pembiayaan sehingga enam bulan, termasuk kemudahan kad kredit. 

“Bank turut menawarkan penggantian percuma untuk dokumen perbankan yang rosak atau hilang akibat banjir, seperti kad debit dan kredit, cek serta penyata bank.

“Bagi pelanggan PKS dan perusahaan mikro sedia ada, pembiayaan tambahan juga disediakan bagi memenuhi keperluan modal kerja untuk memulihkan perniagaan yang terjejas,” katanya. 

Menurutnya, untuk memohon, pelanggan hanya perlu menyediakan nama pemegang akaun, nombor kad pengenalan, nombor akaun, nombor telefon, alamat e-mel, alamat lokasi terjejas banjir serta gambar situasi banjir.

Permohonan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-7959 1888, e-mel ke [email protected]  atau hadir ke cawangan HLB/HLISB berdekatan. 

Selain itu, pelanggan PKS dan korporat digalakkan menghubungi Pengurus Perhubungan masing-masing untuk bantuan lanjut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN