Hartalega peroleh perintah penangguhan tuntutan cukai

Hartalega peroleh perintah penangguhan tuntutan cukai

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hartalega Holdings Berhad memperoleh perintah penangguhan (stay order) daripada mahkamah berhubung tuntutan cukai, sekali gus membolehkan syarikat itu menangguhkan pembayaran sementara prosiding undang-undang berjalan.

Sebelum ini, unit milik penuh Hartalega, Hartalega NGC Sdn. Bhd. (NGC), telah mengambil tindakan undang-undang untuk membantah tuntutan cukai tambahan berjumlah RM101 juta yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) bagi tahun taksiran 2017 hingga 2022.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, NGC memfailkan semakan kehakiman bagi membatalkan penilaian tersebut dan mendapatkan penangguhan penguatkuasaan sehingga keputusan mahkamah diperoleh.

Ketua Pegawai Eksekutif Hartalega, Kuan Mun Leong berkata, prosedur cukai kebiasaannya menghendaki syarikat membuat bayaran terlebih dahulu, namun dengan perintah tersebut, syarikat itu tidak perlu berbuat demikian sehingga keputusan muktamad dicapai.

“Setakat ini, tiada kesan kewangan kerana perintah penangguhan masih berkuat kuasa. Segala rekod kewangan tidak terjejas sehingga mahkamah membuat keputusan,” katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan syarikat itu di sini, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Hartalega Holdings Berhad, Kuan Ham Hon berkata, pembayaran cukai sentiasa dipatuhi syarikat itu dan sepanjang tempoh empat tahun kebelakangan ini, Hartalega telah membayar lebih RM2 bilion cukai selain menyumbang kira-kira RM90 juta kepada tabung khas semasa pandemik Covid-19.

“Kami tidak pernah berniat mengelak cukai. Segala bayaran dibuat mengikut saranan konsultan cukai, melalui semakan dan audit yang teliti. 

“Kami yakin tidak berlaku sebarang pelanggaran undang-undang, sama ada secara sengaja atau tidak,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN