DALAM dunia trak pikap, memang enjin diesel adalah pilihan utama dan walaupun jualan genre ini merudum selama beberapa bulan akibat pengurangan subsidi bahan api diesel, jualan kembali stabil kerana mahu atau tidak, tidak ada pengganti trak pikap di dalam pasaran. Untuk mereka yang mahukan kenderaan lasak, trak pikap masih pilihan paling mampu dalam pasaran automotif negara. Kebanyakan kenderaan utiliti sukan (SUV) masih menggunakan kerangka ‘monocoque’ yang lebih sesuai untuk dibawa…