Co-opbank pertama (CBP) rangkul empat anugerah pada Ogos

Co-opbank pertama (CBP) rangkul empat anugerah pada Ogos

KETUA Pegawai Perniagaan, Mohd Rafis Makhtar (kiri) bersama Ketua Pegawai Komersial Mohd Faris Kamarudin (kanan) menerima anugerah Pinnacle Established Business of The Year dan Pinnacle Champion Brand of The Year bagi pihak Co-Opbank Pertama (CBP) pada majlis Pinnacle Of Success Business Award 2025 di Kuala Lumpur pada 28 Ogos 2025.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Co-opbank pertama (CBP) merangkul empat anugerah pada Ogos termasuk  Anugerah Kecemerlangan Perbankan Koperasi di Malaysia Top Achievers 2025 dan Anugerah Inovasi Industri di Malaysia Industry Awards (MINDA) 2025.

Bank turut merangkul Anugerah Perniagaan Mapan Terunggul Tahun Ini dan Anugerah Jenama Juara Terunggul Tahun Ini di Pinnacle of Success Business Award 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, anugerah ini merupakan hasil kerja keras dan kerjasama semua warga kerja CBP bagi merealisasikan misi dan visi CBP dalam mencapai sasaran tahunan.

“Pencapaian ini merupakan bukti kejayaan CBP sepanjang 75 tahun di dalam industri perbankan koperasi yang juga membuka ruang kepada CBP untuk mengukuhkan lagi jenama mereka di dalam industri kewangan negara..

“CBP turut berterima kasih kepada anggota lembaga, warga kerja dan pelanggan CBP yang sentiasa menyokong bank ini” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, CBP juga akan memperkenalkan pelbagai variasi produk dan perkhidmatan mereka pada tahun 2025 ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN