PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 17.28 mata kepada 1,600.13 pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,582.85 pada penutup Khamis.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,588.04.
Jumlah dagangan sebanyak 2.22 bilion unit bernilai RM2.09 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 639 berbanding 395 dengan 493 kaunter tidak berubah dan 1,095 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun menaik 395.62 mata atau 0.89 peratus kepada 44,768.12 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks STI Singapura turun 0.33 peratus kepada 4,341.470 manakala indeks Kospi Korea Selatan naik sebanyak 1.54 peratus kepada 3,395.54.- UTUSAN