PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 1.58 mata kepada 1,576.70 pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,575.12 pada penutup Jumaat.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,576.86.
Jumlah dagangan sebanyak 2.90 bilion unit bernilai RM2.79 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 735 berbanding 336 dengan 490 kaunter tidak berubah dan 978 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun meningkat 121.70 mata atau 0.29 peratus kepada 42,310.49 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks STI Singapura menambah 0.39 peratus kepada 4,292.72 dan indeks Kospi Korea Selatan naik sebanyak 0.94 peratus kepada 3,172.75. – UTUSAN