Bursa Malaysia ditutup negatif

Bursa Malaysia ditutup negatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia turun 0.37 mata kepada 1,578.15 pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,578.52 pada penutup Rabu.

Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,579.92.

Jumlah dagangan sebanyak 2.32 bilion unit bernilai RM2.30 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 552 berbanding 385 dengan 527 kaunter tidak berubah dan 1,094 tidak diniagakan.

Sementara itu, indeks Nikkei Jepun naik 641.38 mata atau 1.53 peratus kepada 42,580.27 ketika berita ini ditulis.

Selain itu, indeks STI Singapura meningkat 0.24 peratus kepada 4,299.70 dan indeks Kospi Korea Selatan naik sebanyak 0.52 peratus kepada 3,200.83. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN