Bursa Malaysia dibuka rendah

Bursa Malaysia dibuka rendah

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia turun 5.75 mata kepada 1,569.37 pukul 9.03 pagi hari ini, berbanding 1,575.12 pada penutup Jumaat.

Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,576.86.

Jumlah dagangan sebanyak 101.75 juta unit bernilai RM93.15 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 177 berbanding 151 dengan 305 kaunter tidak berubah dan 1,906 tidak diniagakan.

Sementara itu, indeks Nikkei Jepun naik 186.90 mata atau 0.44 peratus kepada 42,375.69 ketika berita ini ditulis.

Bagaimanapun, indeks STI Singapura meningkat 7.350 mata atau 0.17 peratus kepada 4,283.42 dan indeks Kospi Korea Selatan juga naik sebanyak 18.00 mata atau 0.57 peratus kepada 3,160.93. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN