PETALING JAYA: Belanjawan 2026 perlu memberi penekanan terhadap kestabilan kos dan kepastian dasar dalam mengemudi pasaran yang semakin mencabar, kata Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta). Presidennya, Datuk William Ng berkata, tinjauan persatuan mendapati 40 peratus perusahan kecil dan sederhana (PKS) menyatakan inflasi sebagai cabaran utama, manakala 42 peratus melaporkan beban pematuhan semakin meningkat. “Maka, kerajaan perlu membekukan kenaikan caj dan fi sekurang-kurangnya 24 bulan, sambil memperkukuh insentif digitalisasi,…










