PETALING JAYA: Belanjawan 2026 dijangka memberi penekanan lebih besar terhadap pembangunan ekosistem kenderaan elektrik (EV) negara termasuk melanjutkan tempoh pengecualian cukai sedia ada, menyediakan insentif bagi penyelenggaraan dan komponen serta memperkukuh latihan tenaga mahir tempatan. Pakar Kuasa Elektrik dan Sistem Pemacu dari Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Ishak Aris berkata, langkah itu penting bagi memastikan strategi peralihan negara kepada mobiliti rendah karbon berjalan lancar sambil melindungi kepentingan…