PETALING JAYA: Belanjawan 2026 dijangka memberi tumpuan kepada pengukuhan subsidi bersasar, penyediaan insentif baharu serta perhatian khusus kepada kumpulan M40 yang semakin tertekan dengan kos sara hidup. Pensyarah Kanan, Jabatan Ekonomi dan Pengajian Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Pengurusan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr. Mohamad Idham Md. Razak berkata, kerajaan dijangka meneruskan serta menambah baik beberapa inisiatif sedia ada bagi mengurangkan beban rakyat. “Fokus utama adalah kepada subsidi yang lebih bersasar…