Alliance Bank lanjut Program Bantuan Banjir kepada pelanggan yang terjejas

 Alliance Bank lanjut Program Bantuan Banjir kepada pelanggan yang terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Alliance Bank Malaysia Berhad (Alliance Bank) melanjutkan Program Bantuan Banjir untuk meringankan beban kewangan pelanggan dan kakitangannya yang terjejas akibat banjir yang berlaku baru-baru ini.

Bantuan ini merangkumi pilihan moratorium pinjaman sehingga enam bulan, perubahan pembayaran pinjaman, serta pengecualian yuran dan caj untuk pelanggan dan perniagaan yang terjejas akibat kejadian banjir. 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alliance Bank, Kellee Kam berkata, keprihatinan utama syarikat adalah menjaga kesejahteraan pelanggan di samping memahami tekanan emosi dan kewangan yang dihadapi oleh mereka.  

“Sebagai bank untuk kehidupan, Alliance Bank sentiasa bersama pelanggan dan kami amat prihatin terhadap kesejahteraan pelanggan serta kakitangan yang terkesan akibat situasi ini.  

“Kami berharap Program Bantuan Banjir ini dapat meringankan sebahagian beban kewangan dan menggalakkan mereka untuk tampil berbincang mengenai bentuk sokongan lanjut yang boleh kami berikan,” katanya dalam kenyataan.

Program Bantuan Banjir ini kini dibuka untuk permohonan mulai sekarang sehingga 17 Oktober 2025 yang menawarkan bantuan pembayaran balik bagi semua pinjaman konvensional dan kemudahan pembiayaan Islam. 

Pihak Bank juga akan mengecualikan yuran dan caj untuk perkhidmatan terpilih seperti penggantian kad debit, kad mesin juruwang, buku cek dan buku simpanan yang hilang atau rosak akibat banjir.

Semua permohonan bantuan akan dinilai oleh pihak Bank mengikut kes demi kes.

Pelanggan boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program bantuan banjir ini dengan menghubungi Khidmat Pelanggan di talian 03-5516 9988 atau boleh berhubung terus dengan pengurus hubungan mereka. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN