PETALING JAYA: AIZO Group Berhad (AIZO), sebelum ini dikenali sebagai Minetech Resources Berhad mempercepatkan transformasi syarikat dengan strategi baharu yang memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur, tenaga boleh diperbaharui dan inovasi teknologi. Pengarah Eksekutifnya, Ahmad Rahizal Datuk Ahmad Rasidi berkata, pendekatan itu sejajar dengan misi baharu AIZO menyokong pertumbuhan jangka panjang Malaysia dan meletakkan syarikat sebagai kumpulan pelbagai generasi baharu dengan keupayaan pelaksanaan kukuh serta aspirasi pertumbuhan tinggi. Beliau berkata, strategi…










