Yusnieza Syarmila dilantik Ketua Pengarah baharu MyIPO

Yusnieza Syarmila dilantik Ketua Pengarah baharu MyIPO

YUSNIEZA SYARMILA YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) melantik Yusnieza Syarmila Yusoff sebagai Ketua Pengarah baharu berkuat kuasa 15 Ogos lalu, menggantikan Kamal Kormin yang bersara wajib pada 3 Jun 2025. 

Pelantikan itu mencerminkan keyakinan terhadap kepimpinan, pengalaman serta komitmen beliau dalam memperkukuh agenda negara mengurus dan memacu pembangunan ekosistem harta intelek.

Menurut kenyataan, Yusnieza menyertai MyIPO pada 2001 sebagai Pegawai Pemeriksa Cap Dagangan dan pernah memegang beberapa jawatan penting termasuk Pengarah Cawangan Sabah pada 2005 serta Timbalan Pengarah Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa pada 2015.

“Beliau kemudian dilantik sebagai Pengarah pada 2017 dan seterusnya Pengarah Kanan pada 2018 sebelum menyandang jawatan Penolong Ketua Pengarah (Pentadbiran dan Kewangan) pada 2022 serta Timbalan Ketua Pengarah (Operasi).

“Dalam kapasiti tersebut, beliau berperanan memperkukuh inisiatif strategik serta teknikal MyIPO bagi memastikan perlindungan harta intelek negara kekal relevan dan berdaya saing.

“Yusnieza Syarmila merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Perniagaan dari University of Leicester, United Kingdom dan Ijazah Sarjana Ekonomi daripada Universiti Malaya,” katanya. 

Sementara itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKK) dalam kenyataan yakin kepimpinan baharu itu mampu membawa dimensi baharu kepada MyIPO seiring visi menjadikan harta intelek sebagai pemangkin inovasi, kreativiti dan daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN