PETALING JAYA: Projek pembangunan pusat data Sime Darby Property Bhd. berjalan mengikut jadual tanpa terjejas oleh pelaksanaan tarif baharu Amerika Syarikat (AS) yang menimbulkan kebimbangan terhadap aliran pelaburan global. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Azmir Merican berkata, setakat ini pemaju hartanah itu tidak melihat sebarang kesan besar daripada langkah tarif terbabit terhadap projek pusat data yang sedang dibangunkan. “Berdasarkan perbincangan dengan pelanggan, tiada tanda kelembapan atau…










