SCMY2025 himpun 500 pelajar, guru sekolah menengah

SCMY2025 himpun 500 pelajar, guru sekolah menengah

SCMY2025 himpun 500 pelajar dan guru sekolah menengah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Science Castle Malaysia 2025 (SCMY2025) berjaya menghimpunkan lebih 500 pelajar sekolah menengah bersama guru, wakil kerajaan serta rakan korporat untuk meraikan semangat inovasi dan sains yang diterajui oleh generasi muda.

Persidangan yang dianjurkan sebagai sebuah platform kebangsaan untuk pelajar sekolah menengah mempamerkan penyelidikan mereka dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). 

Ajinamoto (Malaysia) Berhad berkata, platform ini merupakan sebahagian daripada inisiatif pendidikan berterusan antara Leave a Nest Malaysia (LVNSMY) dan Ajinomoto bagi memperkasa pendidikan STEM di Malaysia Timur, khususnya di Sarawak, dengan sokongan teguh daripada Kementerian Pendidikan, Inovasi danPembangunan Bakat Sarawak (MEITD).

“Sejak dilancarkan pada tahun 2017 di Malaysia, Science Castle telah menjadi platform saintifik utama dalam memupuk pemikiran kritis dan penyelesaian masalah secara saintifik dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Ia telah diperluas ke peringkat Asia bermula tahun 2023. 

“Edisi 2025 meneruskan misi tersebut dengan menggalakkan para peserta menangani isu berkaitan komuniti masing-masing serta menyumbang ke arah pembangunan lestari menerusi sains dan teknologi. 

“Edisi kali ini turut mencatat langkah penting ke arah keterangkuman, dengan memastikan pelajar dari Malaysia Timur diberi peluang sama rata untuk menyertai dan mempersembahkan hasil kerja mereka bersama rakan- rakan dari Semenanjung Malaysia,” katanya dalam kenyataan. 

Tahun ini, Ajinomoto kembali bekerjasama dengan LVNSMY dalam Science Castle 2025 menerusi peluasan projek ke Malaysia Timur. 

Kerjasama ini dipacu oleh semangat Ajinomoto dalam mencipta nilai bersama serta menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat melalui pendidikan STEM. 

Ajinomoto turut berganding bahu bersama pelajar untuk meneroka penyelesaian inovatif dalam meningkatkan kualiti makanan, mengurangkan pembaziran dan mempromosikan masa depan yang lestari.

Sementara itu, Timbalan Pengarah, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Zamzaitul Akmal Hisham Ahmad berkata, inisiatif sebegini penting dalam merapatkan jurang penglibatan STEM dalam kalangan pelajar sekolah menengah, khususnya di Sabah dan Sarawak, berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.

“Sebanyak 56 pasukan telah membentangkan projek masing-masing menerusi tiga kategori iaitu Pembentangan Poster, Pembentangan Lisan dan Pembentangan Splash. 

“Kepelbagaian format pembentangan ini memberi ruang kepada pelajar untuk menyampaikan penemuan mereka dalam gaya yang paling sesuai dengan pengalaman dan idea mereka. 

“Topik penyelidikan merangkumi kelestarian alam sekitar, kesihatan dan kebersihan, inovasi pertanian, robotik dan keselamatan makanan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN