PETALING JAYA: Saham Petronas Chemicals Group Bhd. (PCG) melonjak dengan mencatatkan nilai tertinggi dalam sejak Januari lalu, meskipun syarikat melaporkan rugi bersih RM1 bilion bagi suku kedua tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 pada minggu lalu. Pada 5 petang semalam, saham PCG naik 13.88 peratus kepada RM4.76, tertinggi sejak 8 Januari lalu. Saham mencapai dagangan tertinggi sebanyak RM4.82 sen semalam dengan permodalan pasaran sebanyak RM38.08 bilion. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja…