Rasmi FGV dinyah senarai dari Bursa Malaysia hari ini

Rasmi FGV dinyah senarai dari Bursa Malaysia hari ini

fgv
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) memaklumkan bahawa FGV Holdings Berhad (FGV) telah rasmi keluar daripada Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad berkuatkuasa pada pukul 9 pagi, 28 Ogos 2025, selepas saham syarikat digantung daripada dagangan pada 25 Ogos lalu.

Sehingga kini, FELDA bersama Persons Acting in Concert (PACs) telah  memiliki 95.29 peratus daripada jumlah keseluruhan saham FGV.

Langkah ini menandakan permulaan fasa baharu bagi FELDA dalam memperkukuh struktur korporat, mengoptimumkan operasi ladang serta meningkatkan pulangan ekonomi kepada FELDA dan pemegang taruh utama iaitu peneroka.

Dengan FGV kini tidak lagi tersenarai di Bursa Malaysia, FELDA boleh mengawal rantaian nilai industri sawit sepenuhnya, termasuk pengurusan hasil dan kos operasi ladang, sekali gus meningkatkan produktiviti, mengoptimumkan kos, serta memaksimumkan pulangan secara konsisten.

Walaupun FGV telah dikeluarkan, pemegang saham yang menolak Tawaran Pengambilalihan Sukarela Tanpa Syarat (Dissenting Holders) masih boleh melaksanakan hak bagi menjual pegangan saham FGV kepada FELDA sehingga 15 Januari 2026 sebelum jam 5.00 petang selaras notis FELDA kepada pemegang saham bertarikh 22 Ogos 2025.

FELDA yakin bahawa dengan penyusunan semula ekosistem Kumpulan FELDA secara menyeluruh, pertumbuhan yang lebih mampan dapat dipacu, daya saing di peringkat global dapat dipertingkat, dan kesejahteraan komuniti peneroka akan terus terjamin untuk jangka masa panjang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN