Peraduan Teroka Malaysia Bersama Plus tawar hadiah RM15,000

Peraduan Teroka Malaysia Bersama Plus tawar hadiah RM15,000

plus
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sedang menganjurkan peraduan “Teroka Malaysia bersama PLUS” yang berlangsung daripada 1 Ogos hingga 16 September 2025 bersempena Bulan Kebangsaan dan sambutan Hari Malaysia.

Peraduan ini memberi peluang kepada pengguna Lebuhraya PLUS untuk bukan sahaja menikmati perjalanan pulang ke kampung atau bercuti bersama keluarga, malah berpeluang memenangi hadiah menarik bernilai lebih RM15,000 termasuk kamera digital, gajet, gimbal kamera dan baucar kredit Touch ‘n Go eWallet.

Dengan tema “Jalan, Check-In & Menang!”, peraduan ini menggalakkan rakyat Malaysia untuk meneroka keindahan negara dengan mudah melalui fungsi PLUS Passport menerusi aplikasi PLUS yang kini dilengkapi fungsi “check-in” di lokasi terpilih sepanjang Lebuhraya PLUS.

Cara menyertai peraduan:
1. Muat turun dan akses aplikasi PLUS sebelum memulakan perjalanan.
2. Check-in di mana-mana Kawasan Rehat & Rawat (R&R), Hentian Sebelah atau lokasi destinasi yang tersenarai dalam aplikasi PLUS bermula 1 Ogos 2025 hingga 16 September 2025.
3. Rakam video kreatif berdurasi 1 minit yang menceritakan pengalaman perjalanan anda.
4. Muat naik video ke TikTok dengan kapsyen merdeka dan sertakan hashtag rasmi #TerokaMalaysiaBersamaPLUS.

Menurut Ketua Komunikasi Strategik dan Pengalaman Pelanggan PLUS, Mohamed Hafidz Mohamed Ismail, peraduan ini merupakan inisiatif PLUS untuk menyemarakkan semangat patriotisme serta menghargai keunikan pelancongan tempatan dan kekeluargaan sempena bulan kemerdekaan.

“Kami mahu menjadikan perjalanan di lebuh raya bukan sekadar transit, tetapi pengalaman yang bermakna. Melalui peraduan ini, pengguna boleh berkongsi detik gembira mereka sambil
mempromosikan destinasi menarik di Malaysia. Inilah masanya untuk menggabungkan rasa cinta terhadap tanahair dengan keseronokan bercuti bersama keluarga,” katanya.

PLUS percaya bahawa kerjasama ini akan memberi nilai tambah kepada pengguna lebuh raya serta menyokong usaha Kerajaan dalam mempromosikan pelancongan domestik menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN