PETALING JAYA: Pasaran saham meningkat 6.26 mata kepada 1,563.24 pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,556.98 pada penutup Jumaat.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,557.74.
Jumlah dagangan sebanyak 2.53 bilion unit bernilai RM2.19 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 513 berbanding 482 dengan 512 kaunter tidak berubah dan 1,026 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun naik 761.33 mata atau 1.85 peratus kepada 41,820.48 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks STI Singapura turun sebanyak 0.28 peratus kepada 4,227.83 dan indeks Kospi Korea Selatan jatuh 0.10 peratus kepada 3,206.77. – UTUSAN