PETALING JAYA: Pasaran saham meningkat 7.63 mata kepada 1,549.11 pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,541.48 pada penutup Rabu.
Indeks penanda aras dibuka rendah 1,540.50.
Jumlah dagangan sebanyak 2.20 bilion unit bernilai RM2.34 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 517 berbanding 424 dengan 539 kaunter tidak berubah dan 1,028 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun naik 264.29 mata atau 0.65 peratus kepada 41,509.15 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks STI Singapura menambah 0.7 peratus kepada 4,257.43 dan indeks Kospi Korea Selatan naik sebanyak 0.92 peratus kepada 3,227. 68. – UTUSAN