PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 0.93 mata kepada 1,557.91 pukul 9.01 pagi hari ini, berbanding 1,556.98 pada penutup Jumaat.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,557.74.
Jumlah dagangan sebanyak 60.61 juta unit bernilai RM27.07 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 91 berbanding 84 dengan 274 kaunter tidak berubah dan 2,084 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun meningkat 761.33 mata atau 1.85 peratus kepada 41,820.45 dan indeks Kospi Korea Selatan turun sebanyak 0.040 peratus kepada 3,208.72 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks STI Singapura naik 0.1 peratus kepada 4,244.06. – UTUSAN