Pasaran saham dibuka positif

Pasaran saham dibuka positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 2.90 mata kepada 1,529.88 pukul 9.03 pagi hari ini, berbanding 1,526.98 pada penutup Isnin.

Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,528.63.

Jumlah dagangan sebanyak 92.68 juta unit bernilai RM46.91 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 158 berbanding 86 dengan 212 kaunter tidak berubah dan 2,039 tidak diniagakan.

Sementara itu, indeks Nikkei Jepun meningkat 189.63 mata atau 0.47 peratus kepada 40,480.33 dan indeks Kospi Korea Selatan melonjak 1.76 peratus kepada 3,203.04 ketika berita ini ditulis.

Selain itu, indeks STI Singapura naik 0.37 peratus kepada 4,212.800. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN