PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 9.45 mata kepada 1,522.70 pukul 9.10 pagi hari ini, berbanding 1,513.25 pada penutup Khamis.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,519.87.
Jumlah dagangan sebanyak 193.35 juta unit bernilai RM90.37 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 199 berbanding 114 dengan 255 kaunter tidak berubah dan 1961 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun menurun 226.49 mata atau 0.55 peratus kepada 40,843.33 dan indeks Kospi Korea Selatan susut sebanyak 2.30 peratus kepada 3,170.76 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks STI Singapura turun 1.08 peratus kepada 4,173.77.- UTUSAN