PETALING JAYA: Bursa Malaysia meningkat 4.84 mata kepada 1597.71 pukul 9.10 pagi hari ini, berbanding 1,588.21 pada penutup Rabu.
Indeks penanda aras dibuka rendah 1593.80
Jumlah dagangan sebanyak 147.47 bilion unit bernilai RM76.13 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 171 berbanding 120 dengan 250 kaunter tidak berubah dan 2,063 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun naik 4.21 mata atau 0.01 peratus kepada 42,614.38, manakala, indeks STI Singapura menambah 0.13 peratus kepada 4,237.43 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks Kospi Korea Selatan menokok sebanyak 1.0 peratus kepada 3,173.19. – UTUSAN