PETALING JAYA: Pemaju hartanah, Matrix Concepts Holdings Berhad (Matrix Concepts) mencatatkan peningkatan jualan hartanah baharu sebanyak 18.8 peratus kepada RM381.5 juta bagi suku pertama berakhir 30 Jun 2025, berbanding RM321.3 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu. Prestasi kukuh ini didorong oleh sumbangan berterusan daripada pembangunan utama di Sendayan serta permulaan kepada projek pertumbuhan baharu, MVV City. Pembangunan Sendayan yang menjadi asas kukuh pertumbuhan syarikat, terus menunjukkan daya tarikan tinggi…