Malaysia komited rapatkan jurang AI

Malaysia komited rapatkan jurang AI

GOBIND Singh Deo ketika berucap pada Sidang Kemuncuk ASEAN AI Malaysia 2025 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur di sini hari ini. - UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia komited memastikan kecerdasan buatan (AI) memberi manfaat secara menyeluruh kepada rakyat dengan tumpuan untuk merapatkan jurang antara mereka yang mempunyai akses kepada AI atau tidak.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, visi utama adalah memastikan Malaysia menjadi sebuah negara AI  yang bersedia mengadaptasi teknologi baharu demi kesejahteraan rakyat.

“Memang setiap negara ada cabaran masing-masing, tetapi kita di Malaysia telah mengambil langkah-langkah yang cukup kukuh dan bergerak ke depan dengan penuh keyakinan bahawa kita akan menyediakan negara kita untuk mengadaptasikan teknologi baharu yang akhirnya akan membawa manfaat kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada sesi Malaysia’s Commitment to ASEAN’s AI Journey di ASEAN AI Malaysia Summit 2025 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Gobind berkata, kerajaan telah memberikan penumpuan penuh untuk membina ekosistem AI yang bergerak ke depan.

“Antara tumpuan kami adalah memastikan manfaat AI tidak hanya tertumpu kepada segelintir pihak, sebaliknya dikongsi secara meluas.

“Kami juga memperluas program literasi AI percuma di seluruh negara untuk membekalkan kemahiran kepada semua lapisan umur agar rakyat bukan sahaja mampu menggunakan tetapi juga mencipta penyelesaian berasaskan AI,” ujarnya.

Tambah beliau, dalam era AI beragensi, kemampuan memiliki akses adalah soal keadilan dan peluang untuk rakyat menentukan bagaimana teknologi itu berfungsi serta memberi kesan kepada kehidupan seharian.

“Matlamat saya adalah memastikan setiap rakyat mempunyai keupayaan dan peluang untuk berinteraksi dengan AI secara bermakna, sekali gus mencerminkan nilai negara, melindungi hak dan memenuhi kepentingan bersama,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN