KUALA LUMPUR: TOP, jenama detergen nombor satu di Malaysia memperkenalkan teknologi inovatif terbaharu dikenali sebagai TOP Ultra Nano Fresh Tech yang dibangunkan oleh Lion Jepun.
Produk baharu itu menggunakan Bio-Enzim Nano canggih yang mampu menembusi jauh ke dalam lapisan fabrik untuk menyingkirkan daki badan secara tersembunyi dengan lebih berkesan.
TOP bukan sahaja mengekalkan cucian yang kelihatan bersih, malah memastikan pakaian kekal segar lebih lama walaupun selepas banyak kali digunakan.
Pengarah Urusan Southern Lion Sdn. Bhd., Tomotaka Oka berkata, teknologi itu dihasilkan hasil penelitian terhadap keperluan pengguna yang semakin menuntut penyelesaian cucian lebih menyeluruh.
“Sebagai jenama detergen nombor satu di Malaysia, kami komited untuk terus meneroka teknologi baharu.
“TOP Ultra Nano Fresh Tech dicipta untuk membersihkan pakaian secara mendalam daripada punca utama bau tidak menyenangkan iaitu daki badan tersembunyi,” katanya dalam majlis pelancaran TOP Ultra Nano Fresh Tech di sini, hari ini.
TOP Ultra Nano Fresh Tech turut dilengkapi dengan keupayaan menyingkirkan 99.9 peratus virus, bakteria dan debu hama selain mengekalkan kesegaran cucian meskipun dikeringkan di dalam rumah.
Dengan teknologi baharu itu, pengguna tidak lagi perlu bimbang terhadap bau hapak atau kotoran lama yang melekat pada pakaian.
Produk ini ditawarkan dalam format cecair dan serbuk serta sudah berada di pasaran di seluruh negara termasuk pasar raya besar, pasar raya dan kedai runcit utama.-UTUSAN