HSTD, Swift perkukuh kerjasama, serah 35 kenderaan

HSTD, Swift perkukuh kerjasama melalui penyerahan 35 kenderaan

Derrick Sim (tiga dari kiri) bersama pengurusan kanan lain Swift Haulage Berhad dan Hap Seng Trucks Distribution.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hap Seng Trucks Distribution Sdn. Bhd. (HSTD) menyerahkan sebanyak 35 kenderaan komersial kepada Swift Haulage Bhd. (Swift) dalam majlis di Pusat Pameran Hap Seng Star, Bukit Tinggi, sekali gus memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua syarikat.

Penyerahan itu melibatkan 20 unit FUSO TF Canter dan 15 unit Mercedes-Benz Actros.

Ketua Pegawai Eksekutif HSTD, Derrick Sim berkata, langkah tersebut mencerminkan komitmen syarikat menyediakan penyelesaian pengangkutan yang berprestasi, cekap dan mesra alam.

“Kami berbangga melengkapkan salah satu penyedia logistik utama negara dengan kenderaan komersial yang bersedia untuk cabaran masa hadapan,” katanya dalam kenyataan. 

Armada baharu itu juga bakal menyokong pengoperasian Hab Logistik Bersepadu Shah Alam (SAILH) seluas 2.8 juta kaki persegi yang dijadual mula beroperasi awal tahun hadapan.

SAILH direka untuk menampung automasi dan sistem bersepadu bagi meningkatkan kecekapan, keterlihatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan sepanjang rantaian bekalan pelanggan Swift.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Swift, Loo Yong Hui berkata, pelaburan tersebut sejajar dengan matlamat syarikat untuk memodenkan armada, meningkatkan kecekapan operasi dan mengurangkan impak alam sekitar.

“Trak baharu ini dilengkapi enjin Euro 5 dan teknologi terkini yang menyokong aspirasi kelestarian kami tanpa menjejaskan keselamatan serta prestasi. 

“Melangkah ke hadapan, kami teruja untuk memacu inovasi bersama. Kami juga akan terus mengharapkan standard tertinggi daripada HSTD dari segi kualiti produk serta sokongan selepas jualan,” katanya. 

Majlis penyerahan trak tersebut menyerlahkan peranan HSTD sebagai pengedar dipercayai bagi trak FUSO dan Mercedes-Benz, selain komitmen syarikat dalam menawarkan inovasi serta penyelesaian mobiliti yang disesuaikan untuk industri logistik Malaysia. 

Ia sekali gus membuka ruang kerjasama lebih erat antara HSTD dan Swift pada masa depan termasuk inisiatif bersama serta penambahbaikan berterusan armada. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN