Hong Leong Bank raih tiga anugerah perbankan runcit Asia

Hong Leong Bank raih tiga anugerah perbankan runcit Asia

KETUA Perbankan PKS HLB, Woon Siew Hoong (kiri) menerima anugerah mereka di Asian Banking & Finance Retail Banking Awards 2025.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hong Leong Bank Bhd. (HLB) terus mengukuhkan kedudukannya dalam sektor kewangan apabila meraih tiga anugerah utama di Asian Banking & Finance (ABF) Retail Banking Awards 2025, hasil kejayaan pelan transformasi menyeluruh lima tahun yang sedang dilaksanakan bank tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan HLB, Kevin Lam berkata, pengiktirafan itu membuktikan bank berada di landasan tepat dalam usaha mentransformasikan struktur operasi dan perjalanan pelanggan.

“Ini bukan sekadar soal anugerah, tetapi bagaimana kita mendefinisikan semula cara perbankan dijalankan. 

“Kami akan terus memperkukuh inovasi digital tanpa mengabaikan sentuhan manusia bagi memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan,” katanya dalam kenyataan.

Antara pengiktirafan diterima ialah Bank PKS Terbaik di Malaysia untuk tahun keempat berturut-turut, susulan kepelbagaian produk, inovasi digital dan khidmat nasihat peribadi yang ditawarkan kepada pelanggan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). 

Portfolio pinjaman dan pembiayaan PKS HLB turut mencatatkan pertumbuhan 11.6 peratus tahun ke tahun, hampir dua kali ganda purata industri.

Mengulas lanjut, Kevin berkata, HLB turut diiktiraf sebagai Anugerah Bank Pengurusan Tunai Domestik Terbaik berikutan kejayaan menyediakan penyelesaian pengurusan tunai bersepadu kepada lebih 700 pelanggan korporat dengan kadar pengekalan pelanggan 95.5 peratus.

“Selain itu, HLB memenangi kategori Digital Transformation of the Year melalui platform kutipan kredit bersepadu berasaskan web yang menggunakan kecerdasan buatan (AI), sekali gus meningkatkan jumlah panggilan bulanan sebanyak 47 peratus dan membolehkan sebahagian pegawai dialihkan kepada tugas bernilai lebih tinggi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN