PETALING JAYA: Gold Buroq Global, pengeluar sambal sedia dimakan dan pes masakan di bawah jenama Cik Midah, optimis proses mendapatkan pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan membuka laluan lebih luas untuk mengembangkan pasaran ke peringkat antarabangsa. Syarikat yang diasaskan pada 2017 itu kini dalam peringkat akhir melengkapkan dokumentasi dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan, termasuk memastikan semua pembekal bahan mentah memiliki sijil halal yang…










