PETALING JAYA: EP Manufacturing Berhad (EPMB) bersama Blueshark Malaysia Sdn. Bhd. (Blueshark), sebuah syarikat mobiliti teknologi kenderaan elektrik (EV) memulakan pemasangan tempatan untuk motosikal elektrik SoloEra Solo 1C di fasiliti pengeluaran EPMB dekat Glenmarie, Shah Alam. Usaha sama tersebut melalui anak syarikatnya, EP Blueshark Sdn Bhd (EP Blueshark) tersebut mencerminkan komitmen bersama EPMB dan Blueshark untuk menyokong Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan cita-cita sifar bersih Malaysia. Menurut…