PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 11.66 mata kepada 1,538.64 pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,526.98 pada penutup Isnin.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,528.63.
Jumlah dagangan sebanyak 2.87 bilion unit bernilai RM2.75 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 538 berbanding 479 dengan 505 kaunter tidak berubah dan 973 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun meningkat 258.84 mata atau 0.64 peratus kepada 40,549.54 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks STI Singapura naik sebanyak 0.43 peratus kepada 4,211.63 dan indeks Kospi Korea Selatan melonjak 1.60 peratus kepada 3,198.00. – UTUSAN