PETALING JAYA: Bursa Malaysia turun 5.55 mata kepada 1,581.05 pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,586.60 pada penutup Rabu.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,586.91.
Jumlah dagangan sebanyak 2.42 bilion unit bernilai RM2.66 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 620 berbanding 409 dengan 547 kaunter tidak berubah dan 1,032 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun jatuh 625.41 mata atau 1.45 peratus kepada 42,649.26 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks STI Singapura susut sebanyak 0.53 peratus kepada 4,249.92 manakala indeks Kospi Korea Selatan naik sebanyak 0.040 peratus kepada 3,225.66. – UTUSAN