PETALING JAYA: Bursa Malaysia turun 7.98 mata kepada 1,525.37 pada pukul 9.10 pagi hari ini, berbanding 1,533.35 penutup Jumaat.
Indeks penanda aras dibuka rendah pada 1,530.28.
Jumlah dagangan sebanyak 155.55 bilion unit bernilai RM94.75 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 306 berbanding 99 dengan 275 kaunter tidak berubah dan 1,810 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun jatuh 867. 22 mata atau 2.13 peratus kepada 39,932.38 berita ini ditulis.
Selain itu, indeks Kospi Korea Selatan meningkat sebanyak 0.65 peratus kepada 3,139.70 dan Indeks STI Singapura naik 0.12 peratus kepada 4,158.13. – UTUSAN










