KUALA LUMPUR: Takaful Ikhlas Family Berhad (Takaful Ikhlas), anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad memeterai tiga memorandum persefahaman (MoU) bersama tiga entiti pekerja yang berdaftar di bawah Prasarana Malaysia Berhad. Ia melibatkan Kesatuan Pekerja-Pekerja Rapid Bus Sdn. Bhd., Kesatuan Pekerja-Pekerja Rapid Rail Sdn. Bhd. dan Koperasi Pekerja Prasarana (M) Bhd. Perjanjian ini menandakan pelantikan rasmi Takaful Ikhlas sebagai penyedia perlindungan takaful keluarga pilihan bagi ahli-ahli kesatuan dan koperasi berkenaan.…










