Shok Cheng CFO baharu AmBank

Shok Cheng CFO baharu AmBank

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: AMMB Holdings Berhad (AmBank) melantik Phuah Shok Cheng sebagai Ketua Pegawai Kewangan(CFO)  baharunya berkuat kuasa 1 Ogos 2025.

Bank dalam makluman di Bursa Malaysia berkata, Shok Cheng sebelum ini memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Kewangan Serantau dan Strategi Modal di RHB Bank Berhad sejak 2024.

Sebelumnya, beliau menjadi Pemangku Pegawai Kewangan Kumpulan bank sama dan berkhidmat di bank itu sebagai Ketua, Pengurusan Modal dan Kunci Kira-kira Kumpulan sejak 2014 hingga 2023.

Beliau yang berumur 48 tahun mempunyai pengalaman kira-kira 26 tahun dalam sektor kewangan dan pernah berkhidmat di syarikat antarabangsa termasuk Deloitte & Touche United Kingdom.

Peranan terdahulu beliau termasuk Ketua Kewangan Korporat dan Pengurusan Modal di PT Bank Internasional Indonesia TbK, Indonesia dan berkhidmat selama setahun di Malayan Banking Bhd pada 2013.

Selain itu, beliau memegang jawatan Timbalan CFO di Maybank Kim Eng Securities Pte Ltd, Singapura pada 2012.

Shok Cheng mempunyai Ijazah Sarjana Muda Perdagangan & Pengurusan dari University of Christchurch, New Zealand. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN